Rabu, 5 Disember 2012
PENGENALAN:
Definisi
Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu
situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.Ia merupakan
satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara
menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan
situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal.
Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk
mejadikan pengajaran seseorang guru itu
lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu
kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung.
Diantara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan,
bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya. Disini penulis hanya
akan membincangkan tentang kaedah simulasi.
Teknik Simulasi.
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah
simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi
kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh
memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti.
Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang
terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya
ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah
simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti
lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara
penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana
masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah
disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di
kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.
Jenis-jenis simulasi.
Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini lah yang biasa di gunakan
dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan
ialah sosiodrama dan main
peranan.
Sosiodrama.
Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya
adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu
berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama
adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengap pada
kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di
fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk
melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru.
Main peranan.
Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang sepontan yang melibatkan
sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan
lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu.
Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang
timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di bayanngkan tadi dengan
secara sepontan.
Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan
ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada
kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak
yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan
secara ringakas tadi baharulah guru
memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh
kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara
spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit
sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah.
Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.
Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan
berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut
terlebih dahulu:-
1- Guru hendaklah merancang situasi yang
bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.
2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan,
peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa
sesi simulasi hendaklah diberikan.
3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai
pelakon. Ini akan menjamin aktiviti
lakonan dapat dijalankan dengan lancar.
4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah
disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu.
5- Jika perlu, sediakan alatan seperti
topeng-topeng untuk pelakon.
6- Semasa sesi simulasi, [astikan para pelajar
yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti
lakonan itu
7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah
meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang
ditunjukkan dalam lakonan.
8- Suatu rumusan harus dicapai melalui
perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran.
Tujuan-tujuan simulasi.
-
Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan
melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan
menggunakan sebutan yang tepat.
-
Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan,
murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk
menggambarkan cara penyelesaian yang di lakukan.
-
Untuk membina sikap positif : memalui simulasi yang di lakonkan,
konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif
akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.
-
Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi
pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap
orang lain.
-
Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik
darjah : misalnya, untuk menjelaskan konsep ‘drmokrasi’ murid-murid boleh
melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.
-
Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar
tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan
kemahiran bahasa dengan berkesan.
Kelebihan simulasi.
·
Memberi peluang kepada murid memikirkan cara
penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
·
Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran
pertuturan mereka.
·
Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang
menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan.
·
Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang
betul.
·
Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi
bermasalah yang sebenar.
·
Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid,
ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai
moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif.
·
Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di
luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah.
·
Secaratidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.
Kelemahan simulasi.
·
Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid
yang tidak pernah ada pengelaman berlakon.
·
Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan
perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan
mengejek kesilapan yang di lakukan oleh pelakon-pelakon.
·
Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan
sahaja mendapat pengelaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon.
·
Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak
mudah untuk dilakukan.
Perlaksanaan aktiviti simulasi.
Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat
selepas simulasi.
Peringkat sebelum simulasi.
-
Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan
objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
-
Kemahiran. Guru mengenal pasti kemahiran yang akan
menjadi fokus.
-
Penyerapan nilai. Guru menentukan jenis penilaian yang
akan didunakan.
-
Penilaian. Guru menentukan jenis penilian yang akan
digunakan dalam simulasi.
-
Pengukiuhan dan pengayahan. Guru perlu memikirkan
jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan.
-
Alatan. Guru memastikan bahawa semua alatan yang
dipelukan telah disediakan.
Peringkat perlaksanaan simulasi.
-
Adakan set induksi untik menarik minat murid.
-
Bacakan arahan dengan jelas.
-
Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.
-
Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil
bahagian.
-
Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada
mereka.
-
Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.
-
Murid yangh lain akan mencatatkan dan memerhatikan
aktiviti simulasi yang diadakan.
-
Diakhir simulasi penilaian dijalan kan.
Peringkat selepas simulasi.
-
Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang
dikemukakan.
-
Menulis laporan tentang maslah itu.
-
Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.
-
Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang
ditonjolkan.
Perlaksanaan sesi main peranan.
Perlaksanaan sesi main peranan juga memuatkan tiga peringkat iaitu
peringtak sebelum sesi main peranan, peringkat semasa main peranan, dan
peringkat selepas main peranan.
Peringkat sebelum main peranan.
-
Guru menentukan tajuk yang sesuai untuk sesi main
peranan.
-
Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.
-
Guru memilih peserta serta berbincang dengan murid
tentang watak yang ditentukan.
-
Guru menentukan murid-murid lain sebagai pemertahi.
Guru memberitahu aspek-aspek yang perlu diberi perhatian.
Peringkat semasa sesi main peranan.
-
Perbincangan dijalankan sama ada dalam kumpulan atau
secara kelas.
-
Lakonan semula diadakan jika perlu untuk memperbaiki
aspek-aspek lakonan yang tertentu.
Peringkat selepas sesi main peranan.
-
Guru menjalankan perbincangan dengan murid-murid. Dia
(guru) akan menenyakan kelas (murid-murid) tentang siapa yang paling aktif,
siapa yang menjalankan main peranan dengan baik dan siapa pula yang pasif.
-
Guru memberikan taklimat semula dengan tujuan:
·
Mrnganalisis kesan main peranan,
·
Membaiki kelemahan jika ada,
·
Menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan sebenar,
·
Membantu murid membuat renungan dan mengembangkan satu-satu
kemahiran.
·
Membantu murid-murid membuat rumusan tentang perlakuan
mereka dalam main peranan.
Langkah-langkah perlaksanaan main peranan.
-
Reka situasi secara terperinci dan teratur sebelum
diperkenalkan kepada murid-murid.
-
Adakan perbincangan dengan murid tentang situasi ini.
-
Terangkan peranan kepada murid-murid yang terlibat.
-
Pilih murid-murid yang terlibat secara suka rela.
-
Berikan masa untuk mereka membincangkan tentnag
masalah yang ada.
-
Pemerhati-pemerhati hendaklah menulis nota tentnag
watak-watak agar dapat mereka membuat pandangan tentang peranan itu
disampaikan.
-
Setelah selesai sesi main peranan, peniaian pesrta
hendaklah dibuat.
-
Sebahagian daripada main peranan boleh diulangi serta
dibaiki sekiranya ada kekurangan dan jika perlu.
-
Sekiranya ada emosi yang sukar untuk dikawal cubalah
tukar peranan pelakon.
-
Wujudkan suasana kebebasan serta keselamatan.
Kesimpulannya.
Bermacam-macam kaedah yang ada didalam pengajaran itu tetapi tidak semua
kaedah sesuai untuk semua mata pelajaran yang ada. Kaedah simulasi ini adalah
salah satu kaedah yang boleh digunapakai agar dapat menaikan minat para
pelajaar untuk menumpukan perhatian mereka pada pelajaran mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)