RPH BM Tahun 4
Tarikh/Hari : 29 Januari 2012 (Rabu)
Kelas : 4 Usaha Masa : 8.40 – 9.40 pagi
M/Pelajaran : Bahasa Melayu Bil. Pelajar : 26 orang
Tema : Sekolahku Berjasa
Tajuk : Perhimpunan Mingguan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid berkeupayaan :-
1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
2. Menjelaskan makna perkataan mengikut konteks.
3. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
Pengetahuan Sedia Ada : Semua murid pernah menyertai Perhimpunan Mingguan
di sekolah.
Konsep : Pemusatan murid , perbincangan
Bahan : Buku Teks, Kamus , Kad perkataan
Kemahiran bernilai tambah : Kecerdasan pelbagai, Pembelajaran kontekstual
Nilai murni : Mematuhi peraturan , Bekerjasama , Hormat-
Menghormati , Bertanggungjawab
Membaca :
5.1 Aras 3 (i) Membaca petikan dengans sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
5.1 Aras 3 (ii) Menjelaskan makna perkataan menkikut konteks.
5.1 Aras 3 (iii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
Tatabahasa : Kata Kerja
Langkah
/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
| |
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
| ||
Set Induksi
(3 minit)
|
Perhimpunan Mingguan
|
Guru bersoaljawab dengan murid tentang agenda dan fungsi Perhimpunan Mingguan
|
Muid menjawab pertanyaan guru berkaitan Perhimpunan Mingguan yang dilaksanakan pada setiap hari Isnin
|
Perkembangan
Langkah 1
( 7 minit)
|
Teks bacaan bertajuk “Perhimpunan Mingguan “
|
Guru mengarahkan murid membaca teks dengan suara yang jelas
|
Murid membaca teks “ Perhimpunan Mingguan ”dengan sebutan yang lancar dan intonasi yang betul
|
Langkah 2
( 7 minit)
|
Mencari makna perkataan
|
1) Guru menyuruh murid menyenaraikan dan menyebut perkataan berwarna merah yang terdapat dalam petikan
2) Guru mengarahkan murid untuk memadankan maksud perkataan di papan hitam mengikut kumpulan
3) Guru meminta murid membacakan perkataan beserta maksudnya mengikut kumpulan
|
Murid menyebut perkataan yang diwarnakan dan mencari makna perkataan di dalam kamus secara berkumpulan
2) Murid memadankan maksud perkataan dengan betul
3) Murid membaca perkataan dan maksudnya dengan sebutan yang jelas dan betul
|
Langkah 3
(10 minit)
|
1)Menjawab
soalan
pemahaman
2) Kata Kerja
|
1) Guru meminta murid menjawab soalan pemahaman berdarkan petikan secara lisan
2) Guru mengarahkan murid menyenaraikan dan menyebut kata kerja yang terdapat dalam petikan
|
1) Murid menjawab soalan pemahaman secara individu mengikut konteks bahasa yang betul
2) Murid menyenaraikan kata kerja yang terdapat dalam petikan
|
Penutup
( 3 Minit )
|
Rumusan isi pelajaran
|
Guru membuat rumusan dan meminta murid menyatakan nilai murni berdasarkan petikan
|
Murid menyatakan nilai-nilai murni yang dapat diterapakan dalam perhimpunan mingguan
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan